Friday, November 8, 2013

KAEDAH BAIN MARIE

uishhh...banyak betul istilah dalam dunia masakan yang ditemui. pening jugak bile SM start membace...
yerlah kerana nk mencari keserasian dlm dunia masakan nie, perlu lew berkorban skit nk fahami istilah-istilah yg digunakan...hehehehe...

SM nk berkongsi tentang BAIN MARIE... sbb bebaru nie SM buat slice cheese cake dan perlu menggunakan kaedah nie...

(Picture atas nie SM google jew...aritue lupe nk amek pic)

Apa itu Bain Marie:

Bain marie adalah satu cara yang digunakan untuk membakar kek dengan teknik steam bake.
Teknik memasak ini biasanya digunakan untuk kek-kek yang lembut seperti custard atau sos yang bahannya menggunakan banyak kuning telur atau cheese cake yang mengandungi putih telur secara meringue.
Tujuannya membuat kek tetap dalam suhu rendah selama memasak dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari saus /cake menjadi kecokelatan warnanya. Kek juga tidak akan kering dan merekah.

Cara memasak:
  • Adunan kek dimasukkan dalam loyang atau Springform, tetapi loyang itu perlu dilapis dengan foil dahulu dan melebihi dari loyang asal supaya senang ditanggal nanti atau dikuatiri termasuk air
  • Loyang tadi diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan isikan air setinggi 1 inci.
  • Masukkan loyang kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160'C atau seperti arahan pada resepi kek. 
  • Bakar/masak mengikut arahan resepi. Sewaktu membakar, 30 minit masa pertama, janganlah duk buka oven tu. Biarkan kek kita tu naik elok-elok, cantik. Kalau duk buka je oven tu, kek kita terbantut nanti. Lagi pun, cheese cake biasanya masak dalam masa 1 jam hingga 1 jam 15 minit. 
  • Bila telah siap masak biarkan kek dalam oven dan renggangkan pintu oven untuk beberapa jam.
P/S: pas nie dengan senang hati leh wat kaedah BAIN MARIE.

No comments:

Post a Comment