Tuesday, November 12, 2013

PAVLOVA iN DA HOUZ!!!!

Sebenarnya resepi pavlova sgt mudah tetapi ianya agak rumit kerana setiap bahan atau alatan tidak boleh ada air atau minyak kerana putih telur tidak akan menjadi meringue dan ia dijual dgn harga yg mahal kerana menggunakan buah-buahan yg agak mahal spt strawberry, kiwi dan pelbagai buah yg berunsurkn berry...hehehe...






BAHAN-BAHAN:
*MERINGUE*

  • 4 biji putih telur
  • ½ cawan gula kastor
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • ½ sudu besar tepung jagung
*TOPPING*
  • 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
  • ½ sudu teh esen vanila
  • Strawberry, anggur hitam, kiwi atau buah-buah dlm tin (pastikan buah dicuci dan dikeringkan sblm menghias pavlova)
CARA-CARA:
*MERINGUE*

  • Panaskn oven pd suhu 150'C.
  • Mula-mula pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.
  • Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan. Putar sehingga adunan menjadi putih berkilat. Antara tanda adunan telah menjadi marigue ialah apabila diangkat, terdapat hujung yang bertanduk tajam.
  • Masukkan esen vanila dan pukul sampai sebati. Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala. Kalau tak jatuh, itu tandanya adunna betul² telah menjadi marigue.
  • Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dengan spatula. 
  • Pada kertas minyak (parchment paper) lukiskan satu bulatan dengan menggunakan tin kek bersaiz 7 inci. Tuang adunan di atasnya, bentukkan bulat mengikut garisan yang dilukis sebagai panduan. Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi dari bahagian tengah.
  • Bakar selama 60 minit pd suhu 150'C dengan api atas dan bawah.
  • Apabila pavlova dah masak, buka pintu ketuhar dan biarkan kek sejuk di dlm ketuhar.
  • Kemudian keluarkan utk topping dan hias mengikut citarasa.
*TOPPING*
  • Putar non diary whipping cream dan esen vanilla sehingga kembang dan berkilat.
  • Simpan di dalam bahagian beku dan keluarkan apabila hendek digunakan.
NOTA:
  • Pastikan tiada sedikit pun kuning telur di dalam putih telur.
  • Pastikan tiada walau setitis pun air/minyak dalam adunan atau bahan-bahan yg digunakan.
  • Pastikan alatan yg digunakan tidak basah atau berminyak.
  • Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air.

Friday, November 8, 2013

KEK GULA HANGUS

Bile sebut jew kek gula hangus, SM teringat zaman2 SM kecik dulu, mak SM salu buat kek nie and mmg jd peberet kami adik-beradik... beshnyeh bile teringat zaman kecik-kecik dulu...
masakan air tangan mak kite xkn boleh lawan mane-mane chef kat dunia nie..
sedeylah plak... sob sob sob.... =,(

Jum kite tgk resepi nie...actually nie kali pertama SM try resepi nie tp Alhumdulillah cm menjadik jew... =)






BAHAN-BAHAN:
*BAHAN A*
  • 4 biji telur (SM gune saiz B)
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat*     *diayak bersama
  • 1 sudu kecil esen vanilla
*GULA HANGUS*
  • 1 cawan gula biasa (SM kurangkn menjadi 3/4 cawan)
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega

CARA-CARA:
*GULA HANGUS*

  • Masukkan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sedehana.
  • Apabila gula dah cair, masukkan air panas. Kemudian, masukkan mentega. Biar sejuk dan ketepikan.
*BAHAN A*
  • Pukul telur sampai kembang. Kemudian, masukkan susu pekat, pukul sehingga rata.
  • Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak dan tuangkan esen vanila.
  • Kemudian masukkan gula hangus yang telah disejukkan tadi dan kacau sebati sehingga tepung tidak berketul-ketul. 
  • Perap selama 3@ 4 jam untuk dapatkan tektur yang cantik.
  • Griskan loyang dengan marjerin, bakar pd suhu 160'C selama 60 minit atau sehingga masak. Boleh juga dikukus selama 1 jam 40 minit.

SLICE CHEESE CAKE

      Actually resepi nie di ambil dari web JINTANMANIS. thz Kak Ros atas resepi nie...SM minta halalkn dan kebenaran nak share resepi nie dengan kekawan...hehehe....yummy2 ...mesti ramai yg suke mkn cheesekan...kali nie SM nak share resepi slice cheese cake...
      resepi nie menggunakan cheese keping yg byk kat pasaraya...senangkan...bahan-bahan pun simple yg selalu ader kat rumah...jum2....kite tgk resepi nie...

    BAHAN-BAHAN (LOYANG 18 CM):
·       5 keping cheese 
·       200 ml fresh milk
·       70 g marjerin
·       70 g tepung gandum (diayak)
·       70 g gula kastor
·       4 biji telur (SM gunekan saiz B)
·       beberapa titik esen vanila  


CARA-CARA:
  • Koyakkn cheese keping kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar di dalam periuk.
  • Kemudian panaskan campuran susu dan cheese keping dengan menggunakan api perlahan dan biarkan cheese keping cair (sentiasa kacau)
  • Masukkan butter dan kacau sehingga larut, tutup api dan sejukkan seketika.
  • Panaskn oven selama 15 minit pada suhu 170'C.
  • Asingkan putih telur dan kuning telur, dalam bekas lain pukul putih telur bersama gula kastor sehingga menjadi meringue.
  • Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese, sambil memukul adunan tersebut masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga adunan tidak berketul.
  • Campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur dan beberapa titik esen vanila dan sebatikan adunan dengan menggunakan kaedah kaup balik. Sapukan acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak.
  • Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit dan turunkan suhu 140'C selama 40 minit, gunakan cara membakar 'BAIN MARIE' untuk mendapatkn tektur kek yang cantik.

NOTA:
*MERINGUE*
Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi, kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan sehingga adunan menjadi putih berkilat. cara memastikan meringue betul-betul kental adalah dengan menterbalikkan bekas adunan dan meringue tidak jatuh dan apabila di angkat, terdapat hujung yg bertanduk.

*BAIN MARIE* 
Klik link atas utk memahami tentang kaedah bain marie... 


KAEDAH BAIN MARIE

uishhh...banyak betul istilah dalam dunia masakan yang ditemui. pening jugak bile SM start membace...
yerlah kerana nk mencari keserasian dlm dunia masakan nie, perlu lew berkorban skit nk fahami istilah-istilah yg digunakan...hehehehe...

SM nk berkongsi tentang BAIN MARIE... sbb bebaru nie SM buat slice cheese cake dan perlu menggunakan kaedah nie...

(Picture atas nie SM google jew...aritue lupe nk amek pic)

Apa itu Bain Marie:

Bain marie adalah satu cara yang digunakan untuk membakar kek dengan teknik steam bake.
Teknik memasak ini biasanya digunakan untuk kek-kek yang lembut seperti custard atau sos yang bahannya menggunakan banyak kuning telur atau cheese cake yang mengandungi putih telur secara meringue.
Tujuannya membuat kek tetap dalam suhu rendah selama memasak dan menghindari masakan cepat masak dan menghindari saus /cake menjadi kecokelatan warnanya. Kek juga tidak akan kering dan merekah.

Cara memasak:
  • Adunan kek dimasukkan dalam loyang atau Springform, tetapi loyang itu perlu dilapis dengan foil dahulu dan melebihi dari loyang asal supaya senang ditanggal nanti atau dikuatiri termasuk air
  • Loyang tadi diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan isikan air setinggi 1 inci.
  • Masukkan loyang kedalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160'C atau seperti arahan pada resepi kek. 
  • Bakar/masak mengikut arahan resepi. Sewaktu membakar, 30 minit masa pertama, janganlah duk buka oven tu. Biarkan kek kita tu naik elok-elok, cantik. Kalau duk buka je oven tu, kek kita terbantut nanti. Lagi pun, cheese cake biasanya masak dalam masa 1 jam hingga 1 jam 15 minit. 
  • Bila telah siap masak biarkan kek dalam oven dan renggangkan pintu oven untuk beberapa jam.
P/S: pas nie dengan senang hati leh wat kaedah BAIN MARIE.

Saturday, November 2, 2013

PUDING ROTI BERSOS KASTARD


BAHAN-BAHAN:
*A*

• 500 ml susu segar/susu strawberry/susu coklat
• 8 keping roti putih

*B*
• 4 sudu besar gula halus
• 2 sudu besar butter
• 2 biji telur ayam
• 1 sudu teh esen vanilla
• 1 sudu besar tepung jagung

*C*
• beberape biji kurma (boleh tukar dgn kismis hitam)

*SOS KASTARD*
• 1 tin susu cair
• 2 sudu besar tepung kastard
• 2 sudu besar gula

CARA-CARA:
*PUDING*

• koyakkan roti dan rendam di dalam susu selama 1/2 jam.
• Kacau dan gaul rata bahan B.
• Masukkan kurma dan tuangkan ke dalam loyang yg telah digriskn dgn margerin/butter.
• Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak dan ianya bergantung pada oven yg digunakan.

*SOS KASTARD*
• Bahan sos kastard digaulkn dan dimasak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
• Tuang sos kastard di atas puding ketika menghidang.




Cerita Ttg Header


1/10/2013

Hari nie aku edit header utk blog, fb dan wordpress...biase lew dpt software br...aku gunekn software photoscape utk buat header...agak senang utk newbie cm aku nie...yerlh tgk dlm blog org len cantik jew gambo...dengki lew aku...hakhakhak...(dengki bende baik xper kan kan kan)aku cm kera dpt bunger...nak explore abes2 software tue...compom lew keje kat opis xjln...mmg mkn gaji bute aku td...ishhhh...(maafkn aku boss)...

godek punyer godek...hasilnyeh dapat cm gambo kat atas...
agak cantik (bagi aku lew) xder org puji...so aku puji diri sendiri lew...hehehe...
gambo yg aku letak kat header tue mmg gambo makanan yg aku buat sendiri...
terliur x tgk gambo makanan tue?
gambo org tgh kacau adunan tue, aku surf image kat google jew...
aku xreti nk lukis gambo cmtue...tgn kayu...aku reti wat lukisan teknikal jew...

pjg lew plak...padahal nk show header yg aku design jew...hehehe...
hope korg enjoy dgn blog nie...maklum lew aku br belajo buat blog...hehehe...

dari
('',) sekadar minat
mencari keserasian dalam dunia masakan