BAHAN-BAHAN:
*MERINGUE*
- 4 biji putih telur
- ½ cawan gula kastor
- ½ sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh cuka masakan
- ½ sudu besar tepung jagung
- 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
- ½ sudu teh esen vanila
- Strawberry, anggur hitam, kiwi atau buah-buah dlm tin (pastikan buah dicuci dan dikeringkan sblm menghias pavlova)
*MERINGUE*
- Panaskn oven pd suhu 150'C.
- Mula-mula pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.
- Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan. Putar sehingga adunan menjadi putih berkilat. Antara tanda adunan telah menjadi marigue ialah apabila diangkat, terdapat hujung yang bertanduk tajam.
- Masukkan esen vanila dan pukul sampai sebati. Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala. Kalau tak jatuh, itu tandanya adunna betul² telah menjadi marigue.
- Kemudian masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dengan spatula.
- Pada kertas minyak (parchment paper) lukiskan satu bulatan dengan menggunakan tin kek bersaiz 7 inci. Tuang adunan di atasnya, bentukkan bulat mengikut garisan yang dilukis sebagai panduan. Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi dari bahagian tengah.
- Bakar selama 60 minit pd suhu 150'C dengan api atas dan bawah.
- Apabila pavlova dah masak, buka pintu ketuhar dan biarkan kek sejuk di dlm ketuhar.
- Kemudian keluarkan utk topping dan hias mengikut citarasa.
- Putar non diary whipping cream dan esen vanilla sehingga kembang dan berkilat.
- Simpan di dalam bahagian beku dan keluarkan apabila hendek digunakan.
- Pastikan tiada sedikit pun kuning telur di dalam putih telur.
- Pastikan tiada walau setitis pun air/minyak dalam adunan atau bahan-bahan yg digunakan.
- Pastikan alatan yg digunakan tidak basah atau berminyak.
- Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air.